Doa Qunut.. sedarkah kita?


Assalamualaikum..

Mungkin ada yang marah saya kerana memaparkan video ini. Video ini adalah rakaman program hari raya di rancangan TV Suria (Singapura) tahun 2008. Jika yang tinggal di Johor Selatan yang selalu tengok suria mesti kenal pelawak-pelawak Singapore ni.

Mungkin ada yang kata video ini mempermainkan solat tetapi tujuan saya berkongsi untuk mengingatkan inilah hakikat kehidupan umat Islam di Malaysia kita sekarang. Cuba kita lihat sekeliling kita, jiran kita, kariah kita - berapa ramai yang solat dan berapa ramai yang tidak solat walaupun seorang muslim. Berapa ramai yang boleh menjadi Imam? Berapa ramai orang dewasa yang tidak hafal-hafal Doa Qunut? Sedangkan kalau kalau lagu, panjangnya 5 minit pun boleh hafal.

Malah ada kaum lelaki Melayu Islam yang selamba sahaja basuh kereta atau berkeliaran ke hulu ke hilir tidak pergi ke Masjid solat Jumaat dengan sedikit pun tidak berasa malu dan bersalah. Siap makan tengahari di restoran lagi. Sedangkan semasa zaman Nabi Muhammad SAW dahulu jika tidak pergi ke Masjid untuk solat jemaah waktu biasa pun para sahabat mengusung keranda di hadapan rumahnya.

Jagalah keluarga kita terutama anak-anak kita. Islam membenarkan kita memukul anak yang lebih 11 tahun jika dia tidak solat. Tetapi kalau kita sendiri pun solat rongak-rongak macamana nak hukum anak pula kan?





2 comments:

LaNuNsepet said...

ha3... macam2 ar lawak kat itenet.. citer gni dulu popular... qunut panjang n qunut pendek..aku ingat lagi ustaz akil citer mule2 dulu....

chendol pulut said...

hmm yes lanun u r rite.. citer nih actually da lamer da pun.. cumer dibangkitkan utk kesedaran orang zman skarang.. InsyaAllah dgn artikel ini diharapkan kiter sumer akan sama2 mengambilnya sbg iktibar..

Post a Comment

Thanks for Ur comment.. please come again yaaa....