Chelsea Vs Manchester United





SAINGAN paling dinantikan Liga Perdana Inggeris akan bermula hari ini menemukan dua pasukan juara musim lalu - juara liga, Chelsea menentang juara Piala FA, Liverpool di gelanggang Stamford Bridge bagi merebut Piala Perisai Komuniti.

Selepas berjaya mendapatkan pemain terbaik bagi mengisi kesebelasan utama bagi berdepan pelbagai kejuaraan peringkat domestik dan Eropah serta perlawanan pemanas badan, Chelsea dan Liverpool dilihat sudah bersedia menghadapi musim penuh ranjau ini.

Apa yang dapat diperhatikan, kedua-dua kelab agak goyah apabila mencatat beberapa keputusan buruk dalam jelajah pra-musim dengan Chelsea berdepan kekalahan di tangan pasukan Liga Amerika Syarikat, Major League Soccer All-Stars 1-0 sementara Liverpool tewas tiga daripada lima perlawanan mereka.



Chelsea sejak diambil alih Roman Abramovich empat musim lalu berbelanja kira-kira AS$750 juta (RM2.77 bilion) untuk membina lingkungan bintang antarabangsa termasuk Andriy Shevchenko, Michael Ballack, Didier Drogba, Joe Cole, John Terry, Frank Lampard, Hernan Crespo dan Michael Essien sehingga digelar ‘galacticos England’.

Mourinho bagaimanapun cuba mengelak nasib sama menimpa ‘galacticos sebenar’ Real Madrid dengan berkata: “Jangan pedulikan pemain, namanya, statusnya, sejarahnya. Ia tidak penting kerana pasukan sentiasa di depan. Anda boleh memiliki Pele, Maradona, anda boleh dapat pemain terhebat, tapi pasukan sentiasa melebihi pemain.”

Katanya, dia akan melupakan semua itu termasuk jumlah gaji pemainnya dan kos terpaksa ditanggung kelab untuk membeli mereka kerana yang mahu dilihatnya ialah kerja keras setiap hari dan persembahan baik di tengah padang.

Jika itu semua diambil kira, Liverpool pastinya perlu mencari formula mujarab bagi menaikkan semangat mereka pada pembukaan musim dengan skuad bergelar The Blues itu adalah rintangan pertama walau nilai prestij piala berkenaan tidaklah sehebat mana.

Bos The Reds, Rafael Benitez percaya suntikan serius terhadap kepantasan di bahagian serangan pasukan itu akan menghadirkan perbezaan bagi menghadapi saingan musim ini walaupun skuad itu tampak hebat musim lalu bagi mencabar kejuaraan utama.

Kini dengan semangat pemain baru menerusi Mark Gonzalez, Jermaine Pennant dan Craig Bellamy, Liverpool akhirnya dikatakan memiliki pemain yang boleh membuat serangan terus terhadap kubu lawan.

“Musim lalu sukar kerana dari aspek kepantasan, kami hanya memiliki Djibril Cisse sebagai pilihan di depan. Kini kami memiliki banyak aspek dalam permainan. Kami ada kepintaran Peter Crouch dan Robbie Fowler serta kepantasan Mark Gonzalez dan Craig Bellamy,” kata Benitez.

Sikap positif Benitez turut dikongsi kapten pasukan, Steven Gerrard yang mengakui di sebalik kekalahan teruk 5-0 di tangan FSV Mainz, musim ini pasti akan membawa cerita berbeza lantas dia menyeru pemain supaya jangan panik.

“Mesejnya ialah jangan panik. Saya tahu orang akan melihat kepada jaringan dan menjadi terkejut, tapi anda juga harus melihat kepada faktor lain. Perlawanan ini semuanya berkaitan kecergasan dan 10 hari yang memenatkan, ia akan berbeza apabila perlawanan kompetitif bermula,” kata Gerrard.

2 comments:

melayuboleh said...

chelsea2!!!

LaNuNsepet said...

chelsea!!! chelsea....!!

Post a Comment

Thanks for Ur comment.. please come again yaaa....