Seks Kerap Boleh Meningkatkan Kualiti Sperma?




Bunyinya memang pelik, tapi itulah kebenarannya. Penemuan terbaru tersebut merupakan hasil kajian yang dilakukan oleh European Society of Human Reproduction and Embryology yang berpangkalan di Amsterdam.

Kajian tersebut yang dijalankan di Australia telah melibatkan 118 lelaki yang masing-masing disahkan mengalami masalah sperma berkualiti rendah (DNA mudah rosak). Kesemua mereka telah diminta untuk melakukan hubungan seks setiap hari dengan pasangan mereka untuk tempoh satu minggu. Hasilnya, mereka mendapati kualiti pada sperma lelaki-lelaki yang diuji telah menunjukkan peningkatan dari segi kualitinya.

Menurut Dr.David Greening dari Klinik Kesuburan Sydney IVF, Australia, 81 % daripada 118 lelaki yang diuji menunjukkan peningkatan dari segi kualiti sperma sebanyak 12%. Peningkatan kualiti ini telah mengukuhkan dakwaan bahawa seks yang kerap membantu mengurangkan jumlah sperma yang rosak atau berkualiti rendah dengan 'mengeluarkannya' dari tubuh badan dan digantikan dengan yang baru. Lebih lama sperma disimpan, lebih tinggi kadar kerosakkan sperma tersebut' - tambah Dr. David lagi.

1 comments:

Anonymous said...

so pakat2 bwk keluar jangan simpan hahahaha

Post a Comment

Thanks for Ur comment.. please come again yaaa....