Google Chrome Operating System (OS)
























Memperkenalkan Google Chrome Operating System (OS) - saingan terbaru Windows...

Setelah berbagai-bagai andaian mengenainya dibuat, Google akhir memperkenalkan perisian sistem operasinya sendiri yang dikenali sebagai Google Chrome OS. Menurut Google Inc, Chrome OS masih lagi di peringkat pembangunan dan versi OEM nya akan menemui pengguna pada separuh tahun kedua 2010.





















Seperti Linux, Chrome OS merupakan sistem operasi 'open source' . Ia bersifat amat ringan dan bakal ditujukan khas untuk pengguna komputer bimbit. Kepantasan, ringkas dan keselamatan menjadi kunci utama dalam pembangunan sistem operasi tersebut. 'Kami mahukan sebuah OS yang boleh dihidupkan dalam beberapa saat sahaja dan pengguna boleh terus melayari web tanpa perlu menunggu lebih lama' , tambah pihak Google Inc lagi.




Difahamkan juga Chrome OS berfungsi menggunakan platform Linux Kernel dan aplikasinya berasaskan web. Menurut pihak Google lagi, Chrome OS bakal disasarkan kepada pengguna yang kebanyakkan masa penggunaan komputernya digunakan untuk melayari web atau menggunakan perisian-perisian berasaskan web. Selain itu, Google juga menjanjikan sistem operasi yang paling mesra pernah dibina kepada pengguna komputer. Sebelum ini, Google pernah melancarkan Android, sistem operasi untuk telefon bimbit pintar (smartphone) dan penggunakan semakin luas. Apapun, kita bersama-sama nanti perlancarannya tahun hadapan yang kemungkinan tidak lama selepas perlancaran Windows 7.

0 comments:

Post a Comment

Thanks for Ur comment.. please come again yaaa....