iklan terbaru kempen taknak merokok




MySpace
Salam semua..

hmm macam2 iklan kat tv pasal keburukan merokok.. tapi masih ramai lagi orang yg merokok.. macam2 kempen da buat untuk tunjukkan betape bahayenyer rokok nih.. tapi perokok2 tegar leh wat derkk jer.. hehhhe.. boleh dikatakan harga rokok akan naik setiap tahun disebabkan cukai yang dikenakan kerjaaan, tapi samer gak, harga naik ker, iklankan penyakit kat kotak rokok ker, wat kempen hari taknak merokok ker, sumernyer still samer masih ramai orang yang merokok.. hmm korang raser aper lagi yg kter terlepas pandang & tak dibuat lagi untuk kurangkan peratusan perokok2 dimalaysia ni eh? MySpace


mari sama2 katakan taknak pada rokok!!



I Love Malaysia Contest!!






Subhanallah!! Awan berombak..




Subhanallah.. itulah ayat pertama yang kluar dari mulut aku biler aku tgk video nih... mmg agung ciptaan Allah S.W.T sebenarnya banyak lagi kejadian2 yang menarik yang terjadi.. cuma kadang2 kita terlepas pandang.. tapi kali ni korang bley tgk ciptaan Allah yg hebat!!








Pengganti Micheal jackson?


macam-macam cerita pasal Micheal jackson selepas beliau meninggal dunia.. Lagu-lagu yang dier nyanyikan trus meletup.. tak kire lagu yang lamer atau yang baru.. mmg da jadi lumrah alam.. huhuhu..

Lawak minggu ini (^_^)




Beruang, Singa dan Babi bertemu di hutan...


Beruang : "Korang tau tak, kalau sekali aku mengaum, seluruh hutan menggigil tuhh."

Singa : "Ek eleh! tu tak power lagi... Aku kalo mengaum, semua belantara gerun.."

Babi kata: "Wa La Weh....korang nih sumer riak giler..hmm aku bukan nk cakap besar la, tapi aku kalau batuk skali je, satu dunia panik beb!!! hahahha"


Beruang & Singa : Bab* kau!!





Windows XP magic ~




hmm bosan ngan keja yg byk gler.. aku pon cam besa merayau2 skodeng blog org.. then aku terbaca artikel dari blog
extrablack dan aku tgk blog dier tersusun dan artikel2 yang dier tulis pun byk yang menarik.. dan blog dier niih lebh kepada komputer.. so antara yang menarik minat aku nk bca ialah magik tentang windows xp.. aper yg magiknyer? adakah pc kita bleh bertukar menjadi peti ais ataupun seterika jika menggunakan windows xp? (aper yg kau merapu nih labu?) ok ni adalah antara magik2 yg korang ley try kt pc korang sekiranya korang menggunakan window xp~ yeahhh check it out bebeh....

1st magic ~ ok korang try create satu folder baru, pstu korang namakan die sebagai CON or con. tengok ape yang jadik. kenapa? korang tak leh create folder bernama CON? tula la yg pelik dan magiknye. hehehe. aku pun x tau kenapa jadik camtu. huhuh..

2nd magic ~ cuba korang bukak notepad (start>>all program>>accessories>>notepad). lepad tu korang taip Bush hid the facts dalam notepad tersebut. lepas tu cuba korang save dengan nama pape pun. dan cuba korang bukak balik. apa yang jadik? misteriii....

3rd magic ~ ok. kali ni magik yang melibatkan micr0$0fT woRd. korang ley taip dalam micro$oft word tu

=rand (200, 99)

pastu korang tekan enter. apa yang jadik eh?

kalu nk tau aper yg jadi... try ler wat sumer magik kt atas nih.. baru bley tau.. wokeh..


Hari ke 51 contest weblog popular 1malaysia..




hmm kejap jer ek.. da hari yg ke 51 contest nih.. da ramai rasenyer penyertaan contest nih.. aku pun cuber nasib gak.. tapi tak tau ler bleh menang ker tak.. hahahha.. takper arr janji cuber.. hmm wat maser nih aku tak tau saper yg mendahului ranking weblog popular 1 malaysia.. tapi yg kita bleh tengok dari segi ranking kat google jer la.. kalu kiter search kt google untuk keyword weblog popular 1malaysia, then kiter ley tgk result dier seperti nih~



nampaknyer makin sengit.. sumer mmg hebat2 dan gempak.. gud luck to all of you..

Waktu Berbuka Puasa


Dapatkan waktu berbuka puasa di sini.. hanya perlu klik pada link di bawah mengikut negeri masing2 dan boleh download waktu berbuka puasa dalam format .pdf.. Selamat berpuasa dan Selamat Berbuka Puasa (^_^) MySpace


MELAKA

JOHOR
ZON 1- Pulau Aur Dan Pulau Pemanggil
ZON 2- Daerah Johor Bahru,Kota Tinggi,Mersing Dan Pulau Berdekatan
ZON 3-Daerah Pontian Dan Kluang
ZON 4-Batu Pahat,Muar,Segamat Dan Gemas Johor

PERAK
ZON 1- Daerah Hulu PERAK, Daerah Kuala Kangsar, Daerah Kinta Dan Daerah Batang Padang[Pengkalan Hulu (Keroh), Gerik, Lenggong, Kuala Kangsar, Sg.Siput, Ipoh,Batu Gajah, Kampar, Tapah, Slim River Dan Tanjung Malim
ZON 2-DAERAH KERIAN, DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA, DAERAH PERAK TENGAH, DAERAH MANJUNG DAN DAERAH HILIR PERAK.Parit Buntar, Bagan Serai, Taiping, Selama, Parit, Kg.Gajah,Beruas, Lumut, Sitiawan, Pulau Pangkor,Teluk Intan DanBagan Datoh]
ZON 3-BUKIT LARUT(TANAH TINGGI)

SARAWAK
ZON 1-LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS
ZON 2-NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI
ZON 3-TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU
ZON 4-IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN SONG
ZON 5-, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN REJANG
ZON 6-KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI, LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK
ZON 7-SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM
ZON 8-KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN

SABAH
ZON 1-BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR),TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR SANDAKAN,SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM.
ZON 2-BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT, JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH
ZON 3-BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA, SILABUKAN,LAHAD DATU DAN KUNA
ZON 4-BAHAGIAN TAWAU (BARAT) BALUNG, BANDAR TAWAU, PULAU SEBATIK, MEROTAI DAN KALABAKAN
ZON 5-(BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS,KOTA MARUDU, MATUNGGONG DAN KUDAT
ZON 6-GUNUNG KINABALU ( KETINGGIAN 4,101 M)
ZON 7-(BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR
ZON 8- BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK, SEPULUT, TAMBUNAN, DAN KENINGAU
ZON 9-BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT, BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG

TERENGGANU
ZON 1-KUALA TERENGGANU DAN MARANG
ZON 2-BESUT DAN SETIU
ZON 3-HULU TERENGGANU
ZON 4-KEMAMAN DAN DUNGUN

KELANTAN
ZON 1-JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH,TUMPAT, PASIR MAS, TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN DAERAH CIKU (JAJAHAN GUA MUSANG)
ZON 2-JAJAHAN JELI DAN GUA MUSANG TERMASUK DAERAH GALAS DAN BERTAM

SELANGOR
ZON 1-DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG
ZON 2-DAERAH KLANG, KUALA LANGAT,KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM

PAHANG
ZON 1-PULAU TIOMAN
ZON 2-KUANTAN, PEKAN, ROMPIN DAN MUADZAM SHAH
ZON 3-TEMERLOH, CHENOR, MARAN, JERANTUT DAN BERA
ZON 4-RAUB, BENTONG DAN LIPIS
ZON 5-GENTING SEMPAH, JANDA BAIK DAN BUKIT TINGGI
ZON 6-CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER, GENTING HIGHLAND

WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR
PUTRAJAYA



Weekend yang bZ gLerr??

Assalamualaikum geng... Alhamdulillah sedar tak sedar, kita dah pun masuk ke bulan ramadhan dan dapatlah kita sumer menunaikan ibadah puasa dan ibadah2 lain yang sepatutnya... hmm Tadi aku ngan housemate sahur kt mamak jer layan capati.. huhuhu.. nk layan nasik tak larat beb..ok bebalik pada tajuk.. weekend nih mmg bz gler2.. yer arr dgn asgmnt yang mmg da berlambak-lambak.. test lagik.. psm.. wooo mmg banyak gler keja nk buat.. tapi aku cam bley ilek lagi layan blog n men CS.. hahah.. biaser arr keja last minute sumer.. hahaha... MySpace mlm nih cam besa lepas solat tarawikh, tgk bola sat nk tau player maner yg nk tukar & nk beli untuk fantasy football.. aper da.. asgmnt punyer berlambak bley layan menda len.. hmm.. biaser arr student life.. tak wat keja last minute mmg tak sah.. tapi tak ler sumer wat last minute.. tapi yg confident ley wat last minute jer la.. hmm projek psm aku msih pending lagi cam biaser.. tak tau biler nk wat.. cam tak der mood lagi nk buat.. lek dulu.. tapi interface da ader arr.. ley klik sini untuk skodeng projek psm aku.. (amacam smart tak? MySpace) aku harap dapat siap sem nih.. InsyaAllah bleh kot..

RM10K Sebulan Secara Online? Karutlah!! Betulke nih??


Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pernahkah anda tertanya-tanya pada diri anda, rakan-rakan online anda dan pakar-pakar IM mengenai persoalan benarkah anda boleh membuat RM10K sebulan secara online melalui perniagaan internet? Pernahkah anda tertanya-tanya kepada mereka yang sudah berjaya dalam perniagaan internet ini mengenai bagaimanakah cara yang mereka gunakan beserta tips untuk mendapatkan lebih RM10K sebulan untuk perniagaan mereka? Pernahkah anda tercari-cari seseorang yang pakar dan berjaya yang boleh membantu anda sampai berjaya untuk mendapatkan RM10K sebulan melalui perniagaan internet?

Jika anda mempunyai persoalan seperti di atas, Tahniah diucapkan kerana anda telah berada di tempat yang betul untuk menjelaskan kekeliruan serta persoalan yang bermain di fikiran anda tersebut sejelas-jelasnya tanpa perlu berselindung! Untuk persoalan "Benarkah anda boleh membuat RM10K sebulan secara online melalui perniagaan internet?" Percayalah bahawa ia sememangnya benar sebenar-benarnya bahawa anda boleh membuat RM10K sebulan secara online tanpa ragu-ragu. Tidak kiralah anda membuat perniagaan internet ataupun menjana wang melalui internet, untuk mendapatkan RM10K sebulan adalah tidak mustahil!

Ramai IM di luar negara mampu membuat lebih USD10K (Bukan RM10K) setiap bulan secara online, malahan ada juga IM dari Malaysia yang mampu membuat lebih RM10K setiap bulan walaupun mereka hanya belasan tahun. Bukankah ia tidak mustahil untuk anda menjadi seperti mereka juga? Buktinya, Adly Mukhtar atau lebih dikenali sebagai Labanon Flarebiz yang merupakan pengasas Team Flarebiz mendapat lebih RM10K untuk bulan Januari 2008 dengan perniagaan online beliau walaupun beliau pada ketika itu merupakan bekas pelajar SPM berusia 18 tahun yang sedang menunggu keputusan SPM. Beliau hanya melakukannya hanya di rumah beliau di Kelantan.

Jika anda bertanya bagaimanakah caranya untuk mendapat RM10K beserta tips-tips untuk berjaya seperti beliau serta anda memerlukan seseorang yang pakar untuk membantu anda, Tahniah anda berada di tempat yang betul dan pada masa yang betul.. Ini kerana Team Flarebiz telah mengumpulkan semua cara, teknik, tips dan sebagainya dalam satu e-book khas untuk membantu anda menghuraikan segala persoalan anda untuk menjana lebih RM10K sebulan melalui Perniagaan Internet anda sendiri.

Bukan itu sahaja malahan mereka akan membimbing anda sehingga anda berjaya menjadi seperti mereka. Memperkenalkan Sebuah E-Book Kontroversi Pakej Rahsia 10K Dalam Pakej Rahsia 10K Yang lengkap ini mengandungi:

- Ebook Rahsia 10k
- Case Study (Bernilai RM97)
- Ebook Rahsia 10k
- Praktikal (Bernilai RM67)
- Ebook Rahsia 10k
- Plan 60 Hari (Bernilai RM37)
- Teleseminar Bersama Zamri Nanyan (Bernilai RM87)
- Interview Bersama 4 Orang Internet Marketer (Bernilai RM397)
- Video Tutorial Membuat Ebook (Bernilai RM47)
- Senarai Semak (Bernilai RM17)

Dapatkannya segera untuk mengubah nasib dan masa depan anda dalam perniagaan internet anda sekarang juga jika anda tidak mahu menyesal seumur hidup anda berada di takuk lama! Dapatkan segera di sini


Sahabat online anda,

PS: Ramai orang masih dibuai angan-angan untuk menjana berjuta-juta USD kononnya melalui perniagaan internet sedangkan tidak tahu bagaimanakah caranya. Kini anda selangkah lebih ke hadapan kerana anda sudah menjumpai jalan untuk membantu anda menjadikan angan-angananda satu kenyataan. Bertindaklah sekarang juga!

Fadhilat Solat Tarawih




Alhamdulillah... pejam celik2 lagi 2 hari jer nk poser.. huhuhu da dekat ooo.. tak sabar lak raser nk poser.. ntah la.. tapi biler msk time bulan poser jer mmg raser best sesangat.. walaupun kena menahan lapar.. haus.. tapi tanpa bulan puasa raya kita mmg tak der maknanyer.. cam tak best.. tu lah keistimewaan bulan puasa.. Allah telah kurniakan keindahan, kenikmatan bulan puasa nih.. So kit sama-sama la berdoa smoga dpt dikurniakan kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah di bulan ramadhan ini.. InsyaAllah... hmm time bulan puasa yg best jugaknyer kita sumer umat islam tak kira muslimin dan muslimat ramai2 gi solat tarawikh berjemaah.. huhh seronok rasanya.. raser tenang jer.. (^_^) hmm so ni ku nk share la skit ttg fadhilat2 solat tarawih.. ok ~



  • Malam 1: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan daripada Allah.
  • Malam 2: Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang yang beriman).
  • Malam 3: Berseru malaikat di bawah arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
  • Malam 4: Memperoleh pahala ia sebagaimana pahala orang- orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
  • Malam 5: Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
  • Malam 6: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat- malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70,000 malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
  • Malam 7: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamam.
  • Malam 8: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
  • Malam 9: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
  • Malam 10: Allah S.W.T. mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
  • Malam 11: Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
  • Malam 12: Datang ia pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
  • Malam 13: Datang ia pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
  • Malam 14: Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari kiamat.
  • Malam 15: Semua malaikat yang menanggung arasy, kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
  • Malam 16: Allah S.W.T. tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
  • Malam 17: Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak-banyak pahala Nabi-nabi.
  • Malam 18: Seru malaikat: Hai hamba Allah! Sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).
  • Malam 19: Allah S.W.T. tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.
  • Malam 20: Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
  • Malam 21: Allah binakan sebuah istana di dalam syurga daripada Nur.
  • Malam 22: Datang ia pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tiada dalam keadaan huru-hara di padang Mahsyar)
  • Malam 23: Allah S.W.T. binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada Nur.
  • Malam 24: Allah buka peluang dua puluh empat doa yang mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
  • Malam 25: Allah Ta’ala angkatkan daripadanya siksa kubur.
  • Malam 26: Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama empat puluh tahun ibadat.
  • Malam 27: Allah kurniakan kepada orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratal Mustaqim seperti kilat menyambar.
  • Malam 28: Allah S.W.T. kurniakan kepadanya seribu darjat di akhirat.
  • Malam 29: Allah S.W.T. kurniakan kepadanya pahala seribu kali haji yang mabrur.
  • Malam 30: Allah S.W.T. beri penghormatan pada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman yang bermaksud: Hai hambaKu! Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.

Petua meghilangkan jerawat...




Korang ade masalah jerawat? huhhh mesti tension kan? yer arr raser geram jer nk picit jerawat tu smpai kuar isi dier.. hhuhuh.. rilexx.. biaser arr tu maser lingkungan umur kita nk ker alam dewasa hormon kita mmg aktif dan tak stabil.. so jerawat akan menggatal dan menggila nk tumbuh kt muka.. kalu tak diamalkan langkah menghindari jerawat, alamatnyer mmg macam cendawan la tumbuh.. ok kt sini aku nk share skit petua2 menghilangkan jerawat.. InsyaAllah kalau diamalkan slelalu, berkuranganlah jerawat itu.. check it out dude~


Petua 1

Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. Insya-Allah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 2

Campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa . Kemudian sapukan ke muka anda . Amalkan setiap masa seperti anda menggunakan bedak sejuk . hasilnya , muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi.

Petua 3

Giling beras dan daun ini sehingga lumat. Bulatkan adunan tersebut sebesar duit lima sen dan jemur sehingga kering . Apabila hendak menggunakannya , titis sedikit air limau nipis dan sapu pada muka menggunakan belahan ubi kentang .

Petua 4

Ambil 3 jenis akar kayu iaitu akar bunga melur , akar bunga cina dan akar kitam guri serta seketul kemenyan . Jika sukar mendapatkan ketiga-tiga akar ini , memadailah dengan dua jenis sahaja . Semua akar ini diasah di buntut pasu dengan sedikit air . Sapukan ke muka sebagai bedak sejuk . Jika anda suka , boleh juga dicampurkan dengan bedak sejuk atau dengan lendir daun lidah buaya . Selain diasah , ia boleh juga dikeringkan kesemua akar itu dan dikisar bersama kemenyan tadi .

Petua 5

Parut temu lawak mengikut keperluan , kemudian campurkan dengan sedikit gula melaka . Ambil 3/4 suku gelas air masak dan campurkan dengan sedikit asam jawa dan 3 biji bawang merah yang ditumbuk lumat . Bancuh kesemua bahan tadi sehingga sebati , kemudian tapis . Minumlah airnya beberap kali , kemudian barulah dirawat kulit muka anda dengan petua lain yang telah diberikan .

Petua 6

Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati , sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 7

Parut jagung muda dan sapukan ke muka anda . Biarkan beberapa minit kemudian basuh hingga bersih . Selepas itu , sapukan lagi muka dengan jagung muda tadi . Kali ini biarkan hingga ke hari esoknya .

Petua 8

Basuh muka dengan air suam , kemudian gosoklah muka dengan tomato masak . Biarkan ia kering sendiri . Selepas itu bilas muka anda dengan air suam .

Petua 9

Ambil air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka . Biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan muka . Apabila kering , bilas dengan air bersih atau jika ingin cepat berkesan , bilas dengan air suam . Jika diamalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut , anda akan lihat kesannya. Kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut .

Petua 10

Giling sedikit ibu kunyit , daun pegaga , pucuk daun asam jawa , beberapa kelopak bunga mawar dan sedikit beras yang sudah direndam selama dua malam . Apabila halus , bulat-bulatkan dan jemur sehingga kering . Jika hendak digunakan , hancurkan dengan air dan sapu ke muka sebelum tidur supaya liang roma kulit muka tidak ditutupi sebarang lapisan .

Petua 11

Tumbuk lumat rumput gelang sambal yang dibersihkan dengan air hujan dan dicampurkan dengan tepung beras sehingga sebati serta keringkan . Ia boleh dibuat bedak . Bersihkan kulit muka sebelum memakai bedak ini . Buat begini setiap pagi dan malam . Kesannya tentu memuaskan hati anda . Insya-Allah .

Petua 12

Amalkan memakai bedak sejuk dicampurkan dengan daun bunga tanjung yang ditumbuk lumat bersama sedikit kapur . Kacau semua bahan ini sehingga sebati kemudian sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur . Jika selalu diamalkan jerawat akan kering dan pupus .

Petua 13

Ambil segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung) di tapak tangan . Selepas itu , gosokkan ke muka hingga ke leher . Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air sejuk dan bolehlah anda mandi (jika mahu) .

Petua 14

Jerawat sering menimbulkan banyak masalah kulit terutama pada kulit muka. Jeragat pula kalau tak dijaga boleh merebak dan menampakkan kulit kita menjadi hitam. Kedua-dua perkara ini boleh menyebabkan resdung yang teruk. Kita atasi masalah ini dengan mengurang/membersihkan jerawat. Ambil sedikit daun penggaga tumbuk sehingga lumat kemudiannya dicampurkan dengan bedak sejuk. Bedak sejuk yang elok dibeli dari Langkawi buatan pribumi itu sendiri. Memang baik dan berkualiti. Kemudian pakaikan pada seluruh muka. Anda duduk senyap2 dan jangan bercakap. Anda akan rasakan kulit muka anda menjadi tegang. Kalau yang tempat ada jerawat ianya akan menjadi kering. Lebih kurang 30minit cuci dengan air suam. Lihatlah kesannya muka akan berasa licin dan bersih. Jeragat pula akan hilang sedikit demi sedikit akbit kesan dari penggunaan daun penggaga itu. Lakukan
3x seminggu insyaAllah muka anda tidak akan ada masalah lagi.

Petua 15

Gunakan uncang Teh -Teh herba memang baik untuk kesihatan. Selepas kita minum air rendaman teh ini, uncang nyer jangan dibuang. -Ambil uncang teh ini, pastikan kelembapannya tidak terlalu berair dan tekapkan ke jerawat. -Biarkan lebih kurang 10 minit, kemudian basuh ler muka tu. -Amalkan sebelum tidur dan InsyaAllah, bila bangun dari tidur kita akan dapat melihat kesannya di mana jerawat ini akan kecut dan jika diamalkan selalu, jerawat akan hilang. InsyaAllah....

Bagaimana nak mengetahui IP address streamyx kita baik atau tidak?




ok kali nih aku nk share skit ttg streamyx.. aku pun tak la expert sngt.. tapi bleh la skit2 atas pengalaman & tanyer memember yg lagi expert.. ok camner ek kiter nk tau ip address kiter ok ker tak ok? aper kesan dier kalu tak ok? aper pulak kelebihan dier kalu ip kiter ok? hmm.. untuk ip yang baik/bagus kita akan dapat mengakses laman web tidak kira dalam negara atau luar negara dengan senang tanpa sebarang masalah, kecuali lah kalu web tu mmg problem (ni lain citer la)..

IP Address Kurang baik:
60.49.x.x / 60.51.x.x
60.53.128.x -> 60.53.255.x
115.x.x.x
118.x.x.x
124.x.x.x

IP Address Baek :
60.48 / 60.50 / 60.52 / 60.54
218.111 / 218.208 /
219.93 / 219.94 / 219.95
60.53.0.1 -> 60.53.127.x
Maxis-BB / Celcom-BB / P1Wimax-BB / Jaring / dan lain2


First skali camner nk check ip address korang?
korang ley gi kat
www.whatismyip.com dan kat sini korang ley tau aper ip address yang korang sedang guna..

Ley tukarker IP address kiter?
Bley.. tapi korang kena disconnect sambungan internet korang, pastu sambungkan balik..

Camner ek kalu IP yang kiter gunakan tak baik?
Kalu korang guna Ip address yang tak ok, korang akan susah untuk mengakses ke laman2 web antarabangsa terutama US..Download speed jua akan jadi lembab.. cth lmn web mcm~ youtube, CNN, facebook, friendster dan lain2

Dah reconnect byk kali da.. tapi still dapat ip tak baik gak

TM akan membetulkan Ip diorang pada masa tertentu.. so camner pun korang connect korang akan dapat ip yang tak baik.. Maknanya korang kena try pada masa yang akan datang..

Dah dapat IP baik, tapi biler restart pc dan sambungan internet, ip address jadi baru...

ok, kalu camni korang dinasihatkan untuk mengunnakan mode router untuk dial up sambungan internet, pastu kalu da dapat ip address yg baik korang jgn off modem tu.. so korang akan sentiasa dapat menggunakan ip yang baik..

Camner nk tau ip yang tak baik?

ok korang ley gi kat laman web www.speedtest.net pastu pilih Los Angeles (west of U.S)

Doa yang patut diamalkan untuk mengelak dari terkena wabak selsema babi (H1N1)


Assalamualaikum sahabat2 semua...

Satu ikhtiar untuk mengelak wabak Selsema Babi (H1N1) daripada terkena kepada kita dan ahli keluarga kita, Sila amalkan doa berikut tiga kali di waktu pagi (selepas Solat Subuh) dan tiga kali di waktu malam (selepas Solat Maghrib) Keberkesanan doa ini bergantung penuh kepada keikhlasan kita kepada Allah SWT. Jangan ada sedikit pun di hati kita keraguan kepada pertolongan daripada Allah SWT. InsyaAllah.. Sila sebarkan..

Doa Qunut.. sedarkah kita?


Assalamualaikum..

Mungkin ada yang marah saya kerana memaparkan video ini. Video ini adalah rakaman program hari raya di rancangan TV Suria (Singapura) tahun 2008. Jika yang tinggal di Johor Selatan yang selalu tengok suria mesti kenal pelawak-pelawak Singapore ni.

Mungkin ada yang kata video ini mempermainkan solat tetapi tujuan saya berkongsi untuk mengingatkan inilah hakikat kehidupan umat Islam di Malaysia kita sekarang. Cuba kita lihat sekeliling kita, jiran kita, kariah kita - berapa ramai yang solat dan berapa ramai yang tidak solat walaupun seorang muslim. Berapa ramai yang boleh menjadi Imam? Berapa ramai orang dewasa yang tidak hafal-hafal Doa Qunut? Sedangkan kalau kalau lagu, panjangnya 5 minit pun boleh hafal.

Malah ada kaum lelaki Melayu Islam yang selamba sahaja basuh kereta atau berkeliaran ke hulu ke hilir tidak pergi ke Masjid solat Jumaat dengan sedikit pun tidak berasa malu dan bersalah. Siap makan tengahari di restoran lagi. Sedangkan semasa zaman Nabi Muhammad SAW dahulu jika tidak pergi ke Masjid untuk solat jemaah waktu biasa pun para sahabat mengusung keranda di hadapan rumahnya.

Jagalah keluarga kita terutama anak-anak kita. Islam membenarkan kita memukul anak yang lebih 11 tahun jika dia tidak solat. Tetapi kalau kita sendiri pun solat rongak-rongak macamana nak hukum anak pula kan?